Semperit Bersusu Di Aidilfitri Resepi Azlina Ina. Maaf ya dah rasa raya dulu bila disebut semperit. Lepas tu nama resepi pun main peranan. Semperit bersusu yang buat dia naik viral sebab sedap lembut dan hilang dimulut. Tu yang ramai suka. Khabarnya Mak Ina jual selalu sold out! Jadi, dikongsikan resepi kat FB dia untuk kita buat sendiri. Saya share kat blog supaya senang nak rujuk bila nak buat kuih semperit bersusu ini.
Bentuk Acuan Semperit Bersusu Viral
Semperit Bersusu - untuk 2 adunan
Bahan-bahan:
500gm butter atau majerin (majerin jgn lembik sgt mesti sejuk2 sikit, nanti bunga semperit senang penyek)
1 cawan susu pekat
2 susu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan susu tepung (@ 110 gm)
Kacau guna senduk kayu sampai sebati
Tambah 8 cawan tepung jagung sikit2 sampai jadi doh lembut
Tekan guna acuan semperit
Letak hiasan
Bakar suhu 180 masa 20-25 mnt
Api atas bawah
Simple je cara Azlina Ina share cara nak buat semperit bersusu. Korang boleh ikuti step by step seperti di bawah.
Okay la, korang cuba dulu nanti saya menyusul 😅😅 ramai yang kata ikut cara Mak Ina resepi pasti jadik. Semua itu dengan izin Allah sebab Azlina Ina ni ikhlas dalam perkongsian resepi-resepinya.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.