Baca : GAMBAR LOKASI ....
Shopping Bag Coach Online, Warna Boysenberry Jadi Pilihan. Warna purple atau ungu adalah warna popular untuk tahun 2023. Saya pun rasanya nak pakai purple untuk raya tahun ini. Hehe.. bersamaan dengan itu saya standby beli handbag color hampir ungu/ burgundy. Baru lah ngam. Betul tak?
Macam biasa, saya beli Coach bagi dari PS (personal shopper) yang stay kat US. Ada yang dibeli secara pre-order iaitu dapat lambat 1 -2 bulan. Atau yang ready stock beli dari website. Ada je website yang jual original branded bag. Kena rajin search dan baca review. Jangan terkena dengan scammer ya..
Bag description (dari website):
Nama : CAMMIE CHAIN BUCKET BAG (COACH CC880) GOLD/BOYSENBERRY
Refined pebble leather, smooth leather, suede and snake-embossed leather
Center zip compartment
Snap closure, fabric lining
Handles with 9″ drop
Detachable strap with 20 3/4″ drop for shoulder or crossbody wear
Measures approx. 9 1/4″ (L) x 10 1/4″ (H) x 4 3/4″ (W)
Harga : RM850.13
Bag Coach Cammie bucket boleh digayakan secara crossbody ataupun shoulder. Memang fleksibel..
Saya akan terus pakai bag tersebut bila dah sampai di tangan. Tak sabar orang kata.. sebabnya saya memang beli handbag untuk dipakai. Bukan jadi perhiasan.. kalau sedap dan kena dengan situasi bag tersebut akan dipakai banyak kali.. kih kih
You all ingat peminat handbag ni tak ada cabarannya? Mestilah ada, yang tukang komen adalah anak bongsu saya. Dia akan kata tak lawa la, besar la, kecik la.. macam-macam lagi. Biasalah budak lelaki..
Bye!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.