Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Usah Panik Bila Peperiksaan Menjelma, Tenang Dan Fokus

Usah Panik Bila Minggu Peperiksaan Menjelma

Usah Panik Bila Minggu Peperiksaan Menjelma. Tenang dan fokus je.. Minggu ni adalah minggu peperiksaan bagi kebanyakan pelajar sebab exam penting akan berlangsung. Masa exam ni, ambil peluang berjuang habis-habisan. Nanti kalau time cuti.. bermainlah sepuasnya. Okay adik-adik semua.

Ada ketika bila minggu peperiksaan menjelma, macam-macam kepanikan menyerang. Rasa macam tak baca satu apa lagi, jerawat mula muncul di muka. Ada pula kena serangan anxiety (kerisauan) dan macam-macam lagi. Usah panik ya adik-adik dan anak-anakku. Semua rakan-rakan pun sama, bukan adik seorang macam tu. Sebab itu, jangan lah study last minute.

Hadapi Exam Dengan Tenang


Jika adik-adik abang kakak semua dah bersedia dengan senjata berhadapan dengan medan peperiksaan, tak ada apa yang nak ditakutkan. Rempuh je dengan berani. Kalau ada satu dua soalan yang tewas untuk di jawab, kan ada lagi 95 soalan yang masih boleh dimenangi! Haha.. usah gentar langsung. Okay 👍

Selalu saya berpesan pada anak-anak:

1. Banyakkan mengaji, solat-solat sunat bila minggu peperiksaan menjelang. Otak yang banyak membaca al quran akan jadi lebih cerdas. 

2. Ulangkaji pelajaran dan ambil spot soalan sahaja. Dah tak ada masa untuk membaca keseluruhan buku. Fokus kepada tajuk yang dijangka sahaja.

3. Makan lah supplement dalam waktu minggu exam ni, ambil vitamin C, multi vitamin dan minum susu dengan konsisten. Ia bagus untuk kesihatan anda dalam minggu yang stress dan padat ini.

4. Jangan duduk bersendirian. Nanti fikiran melayang. Main lah game berbalas soalan dan jawapan bagi menguji minda.

5. Keluar bermain dan berlari pada waktu petang, lebih kurang 1/2 atau 1 jam. Bila peluh keluar, stress pun ikut berkurangan.

Ada banyak lagi pesanan saya pada anak-anak ketika menjelang peperiksaan. Jika ada cara yang sesuai dengan anda, maka lakukanlah dengan santai.

Semoga anak-anakku dan anak kita semua bakal menggapai kejayaan dalam kehidupan di hari mendatang.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close