Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Jenis Resepi Sayur Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur

10 Jenis Resepi Sayuran Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur. Hmm.. walau bulan puasa ramadan lama lagi tetapi bahangnya sudah terasa. Mungkin ada yang sedang ganti puasa dan akan bangun pagi untuk sahur. Tak tahu nak masak sayur apa? Apa kata anda tengok idea resepi sayuran waktu sahur yang mungkin boleh membuka selera makan. Betul tak?

10 resepi sayuran yang saya kongsikan di bawah adalah hasil kompilasi dari carian di FB, Instagram dan internet.


10 Resepi Sayuran Yang Sedap Dimasak Waktu Sahur


Resepi sayuran yang di kongsikan adalah resepi yang ringkas dan sedap di makan waktu bersahur. Biasa kan kita susah nak makan awal pagi kan? Jadi, dengan koleksi resepi sayuran ni diharap dapat memberi idea kepada kita semua. 

Aynorablogs - 10 jenis resepi sayuran untuk sahur

1. Resepi Sayur Campur Berkuah


Bahan-Bahan:

3 sudu besar Minyak masak
3 biji Bawang merah, dihiris
3 ulas Bawang putih, dihiris
200 g Isi udang, dibersihkan
2 cawan Air
1 sudu kecil serbuk perisa
2 sudu kecil Sos tiram
1 sudu kecil Garam, atau secukupnya
150 g Bunga kobis
100 g Lobak merah, dipotong nipis
50 g Jagung muda
150 g Brokoli
50 g Kacang pea
1 sudu besar Tepung jagung, dicampur bersama 2 sudu besar air

Cara Penyediaan;

1.Panaskan minyak masak.
2.Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan isi udang dan kacau goreng sebentar.
4.Tuangkan air dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, sos tiram dan garam.
5.Masukkan bunga kobis, lobak merah dan jagung muda. Didihkan.
6.Masukkan brokoli dan kacang pea dan kacau sehingga mendidih.
7.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
8.Setelah sayur campur masak, sedia untuk dihidang.

2. Bayam Goreng Sos Tiram


Bahan-Bahan:

1 ikat sayur bayam
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
sedikit kicap
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
cili padi, tumbuk kasar


Cara-cara


1. Bersihkan bayam, potong dan asingkan bahagian daun dan batangnya.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.

3. Masukkan bahagian batang bayam bersama sos tiram. Tuang sedikit kicap jika suka.

4. Masukkan pula sayur bayam bahagian daun dan kacau sehingga layu.

5. Tuang air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit air jikan anda ingin lebihkan kuah.

6. Angkat dan tabur dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.

Tips:

Untuk basuh sayur bayam supaya betul-betul bersih, rendam dalam air seketika supaya pasir yang melekat di bayam mudah hilang jika dicuci. 

3. Terung Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan:

4 ulas bwng merah - dikisar
3 ulas bwg putih - dikisar
10 tangkai cili padi - dikisar
Segenggam bilis
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk garam
1 kotak kecil santan
2 biji terung 1 keping asam keping

Cara-cara:

Rebuskan semua bahan yg dikisar dgn serbuk kunyit.. then masukkan bilis.
Dah semua tu masak (bwg & cili dah x berbau 'tengik'), masukkan terung. Agak2 terung dah lecur, tambah santan, garam & asam keping

4. Buncis Tumis Ayam Goreng Kunyit


Bahan-bahan;

1/2 ekor ayam - potong dadu atau kecil
1 bungkus kacang buncis - hiris serong
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan serbuk kunyit
5 tangkai cili padi - hiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak ayam goreng kunyit dengan buncis

1. Ayam digaul dengan kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.

2. Tumis semua bahan yang dihiris seperti bawang, bawang putih, cili padi semua sehingga naik bau dan garing.

3. Masukkan pula kacang buncis.

4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata semua bahan.

5. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.

6. Hidangan ayam goreng kunyit dan buncis siap untuk dimakan

5. Kobis Goreng Ala Mamak


Bahan-Bahan:

1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
1/2 batang karot, potong halus memanjang
1 sudu kecil biji sawi
2-3 tangkai daun kari
cili kering dan cili hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.

2. Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.

3. Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.

Tips:

Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Boleh gunakan kobis Cameron ataupun Kobis Beijing yang nipis. Terpulang.

6. Taugeh Goreng Dengan Tauhu Dan Kucai


Bahan bahan:

Taugeh
Udang kecil
1 keping tauhu - potong dan goreng
Secekak daun kucai
1 biji cili merah
Kicap
Garam
Serbuk perasa, jika suka

Cara cara:

Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan taugeh, kicap dan sedikit garam. Kacau rata.

Masukkan pula daun kucai dan cili merah. Akhir sekali, masukkan tauhu yang digoreng. Kacau rata seketika jer.

Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

7. Bendi Goreng Telur Simple


BAHAN-BAHAN:

15 biji bendi saiz kontot, cuci dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca teh sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air, jika perlu (anggaran 1 - 2 camca besar)
Sedikit hirisan cili merah, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
1 biji cili merah
1 biji cili hijau


CARA MEMBUATNYA

1. Hiris serong bendi, kemudian ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 - 3 camca besar). 

2. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tiram dan kacau rata (boleh tambah sedikit air jika perlu).

3. Masukkan bendi yang telah dihiris, tambah garam secukup rasa dan masak hingga benda lembut. Tuang telur disekeliling bendi tadi. Biar sekejap hingga kelihatan pekat dan gaul rata2 bersama bendi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 

4. Tabur hirisan cili merah sebelum dihidangkan panas bersama nasi...Senang sangat...yea tak...ehemm..

8. Pajeri Nenas Yang Sedap Ala Utara


Bahan-bahannya:

1 biji nenas
1 biji kelapa - ambil santan pekat sikit dan santan cair 1 mangkuk
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan gula putih
1/2 sudu makan gula merah
1/2 peket rempah kari daging + santan pekat tadi
garam
kerisik
daun kari

Bahan Tumbuk:

1 inci halia
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara Masak:


Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk, rempah kari dan garam. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan santan cair, nenas, gula putih, gula merah dan kerisik. Biarkan mendidh dan kuah pekat sikit.
Siap dan sedia untuk dihidangkan

9. Petola Masak Sup Dengan Suhun


Bahan-bahan:


1 biji petola | dihiris nipis
20 gm ikan bilis
1 biji telur
750 ml air
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
10 gm daun bawang
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
½ sudu teh kicap cair
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak sup telur dengan petola

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.

2. Masukkan air bersama petola, ikan bilis serta telur.

3. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan kicap cair, garam dan lada sulah secukup rasa.

5. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan hidangkan.

Selamat mencuba resepi sedap dan simple ni.

10. Peria Tumis Pedas Dengan Udang


Bahan-bahan:

1 biji peria - 500 gram - belah dua - buang biji dan empulur - hiris nipis
15 ekor udang kertas - buang kepala dan kulit serta uratnya
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 biji telur
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil perencah Maggi Cukup Rasa


Bahan kisar:

2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - kalau tak mahu guna udang kering, boleh gantikan dengan belacan
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
30 biji cili padi minyak hijau


Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu dan kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna.
3. Kemudian masukkan peria. Gaul rata dan biarkan sehingga peria menjadi layu dan lembut.
4. Perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa - jika tidak cukup boleh tambah. (Amie gunakan satu sudu kecil sebab sudah ada rasa masin udang kering).
5. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur. Sedia dihidangkan.

Cukup dah 10 resepi sayuran yang sesuai dimasak waktu bersahur dalam bulan puasa atau untuk puasa sunat pada bila-bila diperlukan. Kebanyakan sayur dalam bentul sup dan tumis ringkas, yang tidak sukar membuatnya.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close