Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan

Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan di mana segala apa amalan kebaikan yang kita buat dapat pahala dan digandakan pulak tu. Terutamanya dalam amalan bersedekah, solat, membaca al Quran dan banyak lagi. Buatlah kebaikan sehabis baik dan dengan ikhlas, kerana kita tak tahu mana kebaikan tersebut yang akan memasukkan ke syurga tertinggi Allah. Allahuakbar!

Dalam menjalani ibadah puasa, ada adab-adab yang perlu kita patuhi bagi mencantikkan (menggandakan) ganjaran yang Allah bagi.

Aynorablogs - Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan


Dalam mengamalkan puasa Ramadan kita perlu melaksanakan adab-adab berikut:

1. Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib. Sunnah berbuka puasa adalah sebab:
  • Disegerakan yakni sebelum melaksanakan solat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan solat.
  • Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu. 
  • Setelah berbuka berdoa dengan doa sbb : Artinya : Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud, insya Allah. 

2. Makan sahur. Adab-adab sahur :

a. Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Subuh.
b. Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur kerana sudah masuk waktu Subuh. Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat mahupun tabi’in.

3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bershadaqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-quran.

4. Menegakkan solat malam / solat Tarawih dengan berjemaah. Dan solat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir (20 hb. sampai akhir Ramadhan).

Semoga kita semua termasuk dalam golongan hambaNya yang berusaha mengejar ganjaran dari Allah dan dapat menemui Malam 1000 bulan.. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close