Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Rantai Tangan Terbaru Dari Habib Jewels

Habib Jewels adalah sebuah perniagaan menjual emas dengan rekaan yang simple hinggalah eksklusif yang jarang ditemui di kedai emas lain. Sebab itu lah saya kerap juga membeli barang kemas 916 di HJ walaupun harganya agak tinggi sedikit. Beli Rantai Tangan Terbaru Dari Habib Jewels. Kebiasaannya pada setiap bulan saya akan membuat sedikit pelaburan dengan membeli emas di mana-mana kedai emas yang dipercayai termasuklah Habib Jewels. Selain emas perhiasan, saya juga membeli gold bar 999 di mana harganya akan sedikit mahal berbanding emas 916. Sebab apa? Sebabnya kandungan emas dalam gold bar adalah 99.9% hampir sempurna. Gitulah serba sedikit info emas yang saya kongsikan.

Baru-baru ni saya ada membeli satu utas rantai tangan emas 916 dari HJ. Rekaannya pun unik tetapi yang penting adalah kesiapan (finishing) emas tu sangatlah halus dan cantik. Memang salute la dengan tukang emas di Habib ni. Halus kerja tangan mereka. Sebab tu harga upah di Habib juga antara yang tinggi pernah saya temui.

Rantai tangan Habib Jewels seberat 16 gram ni saya beli pada harga RM4,995.00 pada masa itu. Sekarang harga emas dah naik lagi tau.. hmm..

  • Nama item; Denzel Yellow Gold Bracelet, 916, panjang 19.5 cm.

Sebab nak sangat beli, saya sanggup bayar walau harganya mahal sikit. Bila dah dapat, sayang pulak nak pakai. Tetapi kadang-kadang pakai kalau nak shopping atau jumpa kekawan di luar. Heehe..



Nampak tak kehalusan seni rekaan dia tu? Bila saya compare kan dengan koleksi barang kemas yang di beli di kedai emas lain, amat berbeza dengan hasil tukang emas mereka. Patutlah jenama HABIB JEWELS begitu dikenali di seluruh dunia. Orang kata, hanya jauhari yang mengenal maknikam". 

Memang harga emas di HJ lebih mahal berbanding lainnya disebabkan pengalaman bertahun-tahun mereka menjadikan emas HJ begitu eksklusif dan ada peminatnya tersendiri.


Kalau korang ada lebihan duit yang tidak digunakan, boleh cuba masuk kedai emas HJ dan lihat sendiri koleksi-koleksi mereka.

Semoga entri ini jadi panduan kepada pencinta barang kemas di luar sana.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close