Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Agar-Agar Santan Untuk Berbuka Puasa (Guna Agar-Agar Serbuk)

Cara Buat Agar-Agar Santan Sirap Untuk Berbuka Puasa. Kita nak buat agar-agar santan warna merah je sebab itu je warna yang ada dalam stok.

Kalau korang nak buat agar-agar santan, marilah kita ikut langkah-langkahnya seperti di bawah.

Agar-agar santan ilham dari resepi cik Lina cik Lina 

Cara Buat Agar-Agar Santan Untuk Berbuka Puasa (Guna Agar-Agar Serbuk)

Cara Buat Agar-Agar Santan Untuk Berbuka Puasa (Guna Agar-Agar Serbuk)

Nota:
Warna agar-agar santan versi saya terhasil agak "pelik" sebab saya campur pewarna merah, sedangkan agar-agar serbuk tu berwarna ungu. Jadi kucar kacir sikit kejadiannya. Tapi yang penting rasanya sedap.

Bahan-Bahan:


10g agar-agar serbuk
800ml air
200ml santan pekat
3/4 cawan gula (~180gm)
sedikit pewarna merah
1 biji telur gred A
1 ketul gula batu (saya tak letak sebab tak ada stok)
sedikit garam
3 helai daun pandan simpul

* Ikut resepi ni, rasa manis secukup rasa dan ngam je keras agar-agar tu.

Cara-Cara penyediaan agar-agar santan


1. Satukan air, agar-agar serbuk, gula, daun pandan, pewarna merah dan gula batu (jika ada) ke dalam periuk. Masak hingga agar2 dan gula hancur.

2. Sementara itu satukan santan pekat dan telur ke dalam bekas dan pukul sedikit (sekadar bercampur rata sahaja). Ketepikan sebentar.

3. Apabila mendidih, masukkan campuran santan dan telur ke dalam agar agar. Sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.

4. Setelah mendidih, buka API BESAR dan biarkan mendidih dengan kuat sambil dikacau supaya tidak melimpah keluar.Biarkan selama 1-2 min. Setelah kelihatan berbintil atau nampak berkelodak. Tutup api.

4. Tuang ke dalam bekas/loyang. Biarkan sejuk sebentar kemudian simpan dalam peti ais supaya agar agar mengeras.

Cara Buat Agar-Agar Santan Untuk Berbuka Puasa (Guna Agar-Agar Serbuk)

Cara Buat Agar-Agar Santan Untuk Berbuka Puasa (Guna Agar-Agar Serbuk)

Potong mengikut kreativiti dan agar agar santan pink bandung sedia dihidang.

Selamat Mencuba.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close