Doa Agar Dikekalkan Hafalan Dan Kesihatan Yang Baik Untuk Belajar. Kami kongsikan doa khas untuk student agar boleh diamalkan sepanjang masa. Agar ilmu yang telah dituntut, ilmu yang baik-baik tak akan luput dari ingatan. Insya Allah.
Doa ini adalah antara siri himpunan doa persediaan peperiksaan oleh Ustazah Asma Harun dan admin kongsikan di sini sebagai rujukan para pelajar yang akan dan sedang menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.
Peperiksaan bukan sekadar ujian formal kepada anda semua sebagai pelajar tetapi lebih dari itu ia mahu mengukur sejauh mana usaha, doa dan tawakkal telah disemat kukuh dalam mendepaninya.
Bacaan Doa Agar Dikekalkan Hafalan Dan Kesihatan Yang Baik Untuk Belajar seperti di atas.
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kefahaman para Nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para Malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Maha Penyayang.
Setelah berdoa, serahkanlah semuanya pada Allah Yang Maha Pengasih dan Penolong kepada hambaNya yang amat memerlukan.
Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa mengiringi perjalanan hidup anda pada hari-hari mendatang.
1 Comments
Aamiin
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.