Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kelebihan Malam Lailatul Qadar : Lebih Istimewa Dari 1,000 Bulan

Dalam postingan kali ini kami akan kongsikan pula kelebihan malam lailatul qadar. Perkataan Lailatulqadar adalah daripada dua kalimah: Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari. Sedangkan al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan. * sumber 

Malam lailatul qadar ada banyak kelebihannya, malam yang mulia dari 1,000 bulan. Bayangkan perasaan kita jika dapat bertemu dengannya. Jangan berputus asa bila tahun-tahun yang sudah kita mungkin terlepas, kerana janji Allah pada hambaNya itu pasti. Terutamanya kepada mereka yang tetap yakin menanti.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar, Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Kelebihan Malam Qadar (Lailatul Qadar)


1. Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan malam ini ialah:Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. 

2. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. 

3. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

4. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

5. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan. 

6. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Marilah sama-sama kita berdoa dan memohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close