Menu Ramadan Hari Ke 5 : Berbuka Puasa Dengan Apam Balik. Yeayy!! Alhamdulillah. Dari sebelum puasa sampailah dah masuk hari ke 4 ramadan, baru dapat makan apam balik istimewa iaitu apam balik gebu gebas inti kacang dan jagung.
Nak apam balik kena cari kat pasar malam. Nasib baik ada pasar malam yang beroperasi di taman sebelah. Kat taman saya, pasar malam tidak beroperasi bila tiba bulan ramadan.
Lai chikang super sedap saya panggil sedap seller tak kedekut letak segala bahan seperti cincau, gula kabung, kacang tanah, biji selasih, gula batu, buah pala, kurma kering, mata kucing dan banyak lagi. Satu bekas plastik tu harga RM7.00.
Ini dah kali ke 2 saya beli. Masa ramadan ke dua hari tu, saya ada beli 5 bungkus. Semua suka. Rasa manis dia pun tak kedekut.
Alhamdulillah rezeki hari ni dapat berbuka puasa dengan apam balik gebu gebas dan air lai chikang super sedap.
Kalau korang tak tahu nak berbuka menu apa esok lusa, boleh lah cari apam balik atau pun buat sendiri.
Selamat berbuka semua!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.