Menu Ramadan Hari Ke 8 : Lontong Kering, Seri Muka Dan Ketayap. Ketiga-tiga menu tersebut adalah menu tradisional yang selalu kita cari. Dapat juga merasa lontong kering dalam bulan ramadan ini. 😍
Dalam bulan ramadan ada je resepi yang nak kita cuba, ada saja menu lauk pauk dsn kuih muih yang kita nak rasa. Jadi dalam hari ke 8 berpuasa, saya nak makan kuih seri muka. Jadi belilah dalam 5 ketul. Alhamdulillah sedap.
Lontong Kering Lauk Ayam Masak Merah
Lontong keringnya lauk ayam masak merah, berserta sambal jawa, serunding dan kuah kacang. Rasa macam nak raya je, kan?
Kuih Seri Muka Dan Ketayap
Kalau korang tengok ketayap tu macam ala kadar je kan, rupa macam tak elok sikit tapi rasa dan lembutnya serta inti kelapanya menjadi kami tak berhenti makan. Hehe.. cukup dah merasa beberapa jenis kuih dalam 8 hari puasa.
Selain menu di atas ada juga saya sediakan teh tarik kaw! dan air kathira baki buka puasa yang lepas. Air kathira tu kita orang beli yang satu bekas besar, rasa berat lebih 1 liter. Sebab tu dah masuk hari ke 8 ramadan pun tak habis-habis.. hehe
Yang tak tahu nak berbuka apa esok lusa, boleh la jenguk FB atau blog kawan-kawan. Ada la ideanya tu nanti..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.