Nak Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan? Buatlah Amalan Luar Biasa Ini. Ramadan tidak datang setiap hari atau bulan. Ia istimewa datangnya 1 bulan dalam setahun. Yang luar biasanya, dalam sebulan itu kita kena berpuasa pada waktu siang iaitu tidak makan atau minum dan tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Itu pun dah magik, kan? Selama 11 bulan kita biasa makan dan minum sesuka hati, tiba-tiba 1 bulan istimewa iaitu bulan ramadan kita kena tarik brek dan rehatkan badan seketika. Subahnallah.
Lagi special bila kita ambil kesempatan gandakan pahala dalam bulan yang mulia ini. Apa kah amalan yang menjadikan kita kaya pahala dalam bulan ramadan ini?
Senarai Semak Amalan Ganda Pahala Di Bulan Ramadan
Amalan | Ganda Pahala | Kerugian |
---|---|---|
SOLAT SUNAT | Solat Qobliyqh Subuh, Sunat Tahajjud, Solat Dhuha | Langsung tak buat |
SEDEKAH | Sedekah doa, sedekah masjid, sedekah fakir miskin, sedekah makan berbuka di masjid | Kedekut, takut duit habis |
BERDOA | Doa mohon ampun, doa dapat lailatul qadar, doa mati dalam khusnul khotimah | Ego dan sombong, konon dah kaya tak perlu berdoa, |
MEMBACA AL QURAN | Khatam al Quran, Taddarus, Bacaan surah-surah lazim, Membaca al Quran selepas solat fardhu | Alasan tidak pandai baca, tak cukup masa |
TIDUR @ BEREHAT SEKADARNYA | Gantikan dengan riadah, menanam pokok, membersihkan rumah | Tak larat, malas nak bergerak |
KERUGIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
1.Bangun sahur tanpa mendirikan sekurangnya 2 Rakaat SOLAT SUNAT
2. Meninggalkan hari-hari di bulan Ramadhan tanpa BERSEDEKAH
3. Menunggu waktu berbuka tanpa MEMOHON DOA
4. Menghabiskan waktu siang BERBARING DAN TIDUR atas alasan letih berpuasa
5. Langsung tidak membuka / membaca AL QURAN
Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan orang yang RUGI di dalam bulan Ramadhan ini.
Kerana orang yang memilih untuk RUGI di dunia yang sementara ini dia akan RUGI selamanya di akhirat nanti.
Dunia ini hanya sementara, cuma pinjaman saja. Apa saja yang kita ada, waima nafas dan nikmat melihat pun Allah yang punya. Apa kita punya? Itulah amalan baik dan kebaikan yang tak henti-henti hingga nafas kita terhenti.
Semoga renungan ini dapat dijadikan iktibar kepada kita semua terutama dalam bulan rahmat, keampunan dan pembebasan dari apa neraka iaitu bulan Ramadan!
Wallahua'lam
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.