Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Permohonan Rayuan Haji Musim Haji 1444H/ 2023M

Permohonan Rayuan Haji Musim 1444H/ 2023M - Untuk makluman, permohonan rayuan haji musim 1444H/ 2023M akan dibuka atas talian di portal THIJARI mulai 27 Mac 2023

Rayuan ini terbuka kepada semua bakal haji yang telah mendaftar dengan tabung haji tetapi masih belum mendapat panggilan giliran menunaikan haji pada tahun 2023 atau musim haji 1444H. Namun, adalah sebaiknya mereka yang mempunyai alasan yang sangat kritikal untuk membuat rayuan haji ini, untuk melicinkan urusan pembuat keputusan di pihak tabung haji itu sendiri.


Isi kandungan rayuan haji termasuklah:

i. Nama penuh
ii. Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
iv. Tujuan rayuan
v. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Kadar Bayaran Haji Musim Haji 1444H / 2023M


Permohonan Rayuan Haji Musim Haji 1444H/ 2023M

Kadar bayaran haji tahun 2023 iaitu kos haji adalah RM30,850.00

Kos setelah muassasah untuk B40 bersamaan RM10,980.00. Dan begitulah seterusnya untuk golongan M40 dan T20. Sila rujuk gambar atas, ehsan dari website TH.

Permohonan Rayuan Haji Musim Haji 1444H/ 2023M
Tabung Haji (TH) masih memberikan bantuan kewangan haji secara bersasar di mana penerima terbesar adalah golongan B40 dengan bantuan sebanyak 64%.

Semoga dengan bantuan tersebut dapat memberi peluang yang lebih luas kepada mereka yang layak untuk menunaikan haji ke Mekah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close