Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Buat Kerepek Pisang Rasa Lagi Sedap

Petua Buat Kerepek Pisang Rasa Lagi Sedap. Petua nak buat kerepek pisang almaklum tak lama lagi nak raya. Bolehlah korang praktiskan apa petua ni kata.. 

Apakah petuanya nak buat kerepek pisang lagi sedap lemak manis rasanya??

Petuanya adalah buatlah kerepek pisang guna pisang tua agar tidak perlu tambah garam/ kunyit sebab rasanya natural manis. Ini saya setuju, sebab itu yang mak mertua ajarkan.

Ini adalah kerana pisang tua sudah mencapai tahap maksimum penghasilan komponen kimianya. Maka, mudah segala perasa semulajadi yang selama ini terikat dengan komponen lain dalam sel untuk bebas, sebab itu lebih sedap.

Dah faham? Nanti boleh buat ya. Kemudian, kalau nak buat kerepek pisang nipah dan pisang nangka, tak jadi masalah. Asalkan pisang dah tua, kita dah boleh jadikan kerepek pisang.

Aynorablogs-Petua Buat Kerepek Pisang Rasa Lagi Sedap

Petua Buat Kerepek Pisang Rasa Lagi Sedap

Petua Buat Kerepek Pisang Rasa Lagi Sedap

Tetapi.. kalau nak buat kerepek pisang tanduk kena cari pisang tanduk merah. Bukannya pisang tanduk putih. Kalau guna pisang tanduk merah, warna kerepek pisang korang akan jadi cantik dan kuning menyerlah. Tak perlu guna pewarna pun.. cuma letak garam je. 

Resepi kerepek pisang tanduk?? Baca di sini >>>>  RESEPI KEREPEK PISANG TANDUK

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close