Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hari-Hari Di Rumah Yang Selalu Kita Guna

Petua Hari-Hari Di Rumah Yang Selalu Kita Guna. Kat rumah la kita amat busy, kerana semua kerja rumah nak kena buat dengan pantas, lebih laju dari mesin kalau boleh.. tapi itu lah, nak kena ada persediaan fizikal dan mental kalau nak siap semua kerja. Selain bantuan mesin atau gajet dapur, kita kena ada ilmu orang lama bila di rumah yang disebut petua. 

Petua Hari-Hari Di Rumah Yang Selalu Kita Guna

Inilah petua di rumah hari-hari yang kita perlukan sebagai panduan:

1. Gunakan hand sanitiser untuk hilangkan tangan pijar.


~ Hand sanitiser mengandungi alkohol iaitu larutan organik yang boleh melarutkan punca pijar, capsaicin.

2. Basuh ayam/ikan/seafood guna cuka/tepung gandum/limau


~ Tepung dan cuka boleh mengurangkan lendir dan bau pada permukaan isi bahan basah berprotein.

3. Buah keras lemakkan masakkan berkuah


~ Buah keras mengandungi sekitar 70% lemak.

4. Hampas kelapa mudahkan proses buang minyak pada perkakas dapur.


~ Hampas kelapa kering boleh menjadi bahan penyerap termasuk minyak.

5. Siang ikan kolam/darat semasa ikan hidup untuk elakkan bau kuat melekat atau lendir banyak.


~ Bau dan lendir yang dihasilkan oleh ikan darat itu adalah salah satu mekanisma pertahanan semula jadi ikan daripada serangan kuman. Semasa ikan ini hidup, kurang kuman berada pada kulit. Sesudah mati boleh ada banyak kuman yang melekat pada ikan, sebab itu bau dan lendirnya lebih banyak.

6. Masak sambal menggunakan api yang perlahan untuk mendapatkan rasa yang lagi sedap.


~ Memasak dengan api perlahan akan memastikan segala komponen masakan menjadi sebati, lalu rasa sedap kokumi dapat diperolehi.

Semoga bermanfaat ya.. yang baik kita ambil jadikan panduan dan rujukan. Betul tak?

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close