Baca : GAMBAR LOKASI ....
Pisang Goreng Nangka Untuk Sarapan. Pagi hujan turun dengan lebatnya. Selepas solat subuh perut terasa lapar. Pergi dapur jerang air, ternampak pisang nangka yang di beli di Shopee. Apa lagi? Kita berpisang goreng nangka la pepagi ni untuk isi perut yang kelaparan. Hujan semakin lebat di luar. Hmm.. jap lagi nak pergi office pulak. Harap tak jem la jalan.. sebelum keluar bekerja kita buatkan sarapan untuk anak dulu.. ibu happy anak senang hati. Hehe..Bahan-bahan:
1 sisir pisang nangka
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam - dibancuh dengan air
2 senduk minyak masak panas
1 biji telur
Cara buat pisang nangka goreng
1. Minyak masak panas digaul rata dalam tepung.
2. Pecahkan telur ke dalam tepung. Gaul seketika. Kemudian bancuh dengan air garam hingga jadi cair, cair macam nak buat lempeng.
3. Bila minyak di kuali dah panas, celupkan pisang nangka dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan. - goreng dalam minyak terendam ya..
4. Siap untuk dihidangkan. Makan dengan cicah sambal kicap padu memang sedap!
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.