Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ramadan 2023, Bersediakah Mental Dan Fizikal Kita?

Ramadan 2023, Bersediakah Mental Dan Fizikal Kita? Salam ramadan mubarak kepada umat islam di seluruh dunia. Bersediakah kita dalam mendepani cabaran ramadan 2023 ini? Dugaannya amatlah besar, ujian demi ujian di atas muka bumi ini pada akhir zaman tak tergambar peritnya. Apa-apa yang kita buat, kena tanya iman di hati. Kuatkah kau duhai iman? Kita harus harungi ramadan ini dalam suka ataupun duka.

Sedia atau tidak kita kena buat juga. Puasa adalah salah satu rukun islam, di mana ia adalah gambaran pertama orang bukan islam tentang anutan kita. Kalau kita puasa, orang tahu kita adalah muslim. Itu memang diterima ramai di Malaysia. Itulah panndangan orang kafir nak tahu kita islam atau tidak.

Ramadan 2023, Bersediakah Mental Dan Fizikal Kita?

Sebab itu, jika ada orang islam tak berpuasa.. ramai je yang pelik dan bertanya-tanya? Kenapa kamu tak puasa? Kat Malaysia ni, kalau orang perempuan islam tak puasa, mereka dah faham. Tentulah kerana "fitrah wanita".. yang hairan adalah bila orang lelaki islam sihat walafiat tapi tak berpuasa. Apa nak jawab?? Malu kan? Malu dengan Allah satu hal, malu dengan manusia tu yang susah nak padamkan. Pandangan serong mula menjalar ke serata ceruk.. pandangan sinis pada muslim secara amnya akan jadi prejudis.

Berpuasa adalah wajib bagi orang islam walau kat bumi mana diri berpijak!

Jangan lupa pula, ada rukun islam yang lain yang melambangkan kita ni orang islam, iaitu:

1. Mengucap 2 kalimah syahadah

2. Solat lima waktu sehari

3. Berpuasa di bulan ramadan - telah disebutkan tadi

4. Mengeluarkan zakat

5. Mengerjakan haji ke Mekah bagi yang mampu

Sempena bulan ramadan, Saya share kan lafaz  niat puasa di bulan ramadan:


1. Niat Puasa Esok Hari


2. Niat Puasa Sebulan


Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat dan inspirasi kepada kita semua dalam berdepan cabaran berpuasa di bulan Ramadan. Semoga kita semua dapat beristiqamah menjalani ibadah puasa.

Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close