Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Talam Suji Lemak, Manis Dan Lembut

Resepi Talam Suji Lembut Dan Sedap, Tak Berhenti Makan. Haha.. siapa tak berenti makan talam suji tu? Ada lah.. sedap sangat. Dan bukan semua orang boleh buat kuih talam suji yang sedap dan lemak manis.

Saya kongsikan resepi kuih talam suji untuk anda yang teringin nak buat sendiri.

Resepi Kuih Talam Suji Lemak, Manis Dan Lembut


BAHAN-BAHAN UNTUK LAPISAN BAWAH


Bahan (A)

180gm tepung suji @ semolina
450gm air

Bahan (B)

220gm gula castor
2 biji telur
200ml santan (saya guna santan kotak Kara)
250ml air
pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.

2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.

3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)

4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.

BAHAN-BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS


Bahan (A)

300gm gula merah
50gm gula castor
500ml air

Bahan (B)

150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan (saya guna santan kotal Kara)
1/2 tsp garam

Cara-caranya:

1. Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.

2. Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata

3. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.

4. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.

5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Siap!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close