Amalkan Doa Ini 10 Minit Sebelum Berbuka Puasa, Di Waktu Mustajab Doa Tidak Ditolak. Masya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang, Maha Pengampun. Ampunilah segala dosa kami.
Bismillahirahmaanirrahiim
Inilah doanya yang biasa diamalkan oleh para ulama, doa yang orang biasa macam kita mesti amalkan agar mendapat ampunan, mohon syurga Allah dan diharamkan dari api neraka!
Bacaan doa 10 minit sebelum berbuka adalah seperti berikut:
Bismillahirahmaanirrahiim
Ashadualla ilahaillallah
Astagfirullah
As alukal jannata wa'uzubika minannaar
Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu 'anni
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
Aku Mohon ampun kepada Allah
Ya Allah, aku mohon kepadaMu syurga, dan aku berlindung kepadaMu dari neraka
Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah dzat yang Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.
10 minit sebelum berbuka puasa adalah antara waktu mustajabnya doa, dalam kita berlapar, dan amat gembira menunggu waktu nak berbuka. Maka, disitulah kita berada dalam keadaan amat mengharap. Maka dibaca doa ini 10 minit memang Allah akan kabulkan.
Doa orang yang sedang berpuasa adalah antara doa yang tidak pernah di tolak oleh Allah SWT.
Ambil sedikit masa dan berdoalah. Mintalah apa saja dalam waktu lagi 10 minit nak berbuka. Allah Maha Kaya, seisi alam ni Dia yang punya. Jangan takut-takut berdoa.. mohonlah dengan sepenuh hati.
Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.