Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Daftar Haji Dengan Deposit Dalam Akaun Tabung Haji

Cara Daftar Haji Dengan Deposit. Berapakah jumlah deposit yang diperlukan untuk daftar pergi haji, jika seseorang itu tidak memiliki simpanan KWSP? 

Anda boleh mendaftar haji dengan deposit sedia ada dalam akaun tabung haji di mana baki dalam akaun sentiasa kekal dan lebih RM1,300 selepas pengeluaran atau tambahan simpanan dari semasa ke semasa.

Jadi, baki dalam akaun tabung haji yang telah dipegang oleh tabung haji adalah RM1,300. Jumlah RM1,300 itu tidak boleh diusik ya.

Syarat-Syarat Pendaftaran Haji


Cara Daftar Haji Dengan Deposit Dalam Akaun Tabung Haji

Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:

1. Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
2. Tidak pernah menunaikan fardu haji.
3. Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di mana-mana kaunter Tabung Haji.
4. Tidak melebihi 6 orang bagi satu kumpulan.

Dengan membaca syarat-syarat pendaftaran haji di atas, anda pasti sudah faham cara mendaftar haji dengan deposit. 

Secara amnya, jika akaun Tabung Hajj (TH) anda telah lebih dari RM1,300, anda sudah boleh mendaftar haji. Ia tidak automatik. Anda kena beritahu kepada Tabung Haji untuk mendaftar haji.

Jika anda ada akaun KWSP dan memiliki baki melebihi RM1,300.. ia kaedah yang berbeza. Harap maklum.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close