Menu Ramadan Hari Ke 13 : Lemang Dengan Rendang Ayam. Benarlah janji Allah bahawa rezeki tak pernah alamat. Kalau itu dah rezeki kita, dia yang akan mencari kita. Baru je tengahari tadi berbual dengan rakan sepejabat tentang lemang di seberang jalan. Sampai sekarang tak sempat lagi nak singgah dan beli. Lagi pula, peniaga lemang tu menyewa tapak lapang syarikat kami.
Siapa sangka dalam pukul 4.00 petang tadi mereka hantar beberapa bungkus lemang ke pejabat sebagai ucapan terima kasih dan salam persaudaraan.
Maka menu utama pada ramadan hari ke 13 adalah lemang dengan rendang ayam dan lain-lain menu sampingan seperti gambar di bawah.
Alhamdulillah. Setiap sorang dapat satu bekas lengkap set lemang dengan rendang ayam atau rendang daging. Saya ambil sebekas rendang ayam dan lemang buluh yang telah dibelah.
Saiz lemang pula ada beberapa jenis seperti paling kecil, saiz sederhana dan saiz paling besar.
Mengikut pengalaman lepas, lemang mereka amat lembut, lemak masin secukup rasa. Makan sebatang pun tak cukup agaknya bagi penggemar lemang buluh ni.
Ha! Untuk menu-menu lain tu kita ada sate, rojak asma, mee goreng dan air chikong.
Meriah berbuka puasa walau sekadar berdua. Beli pun dalam portion yang sedikit je asalkan habis dimakan.
Okay, selamat berbuka semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.