Resepi simple dan sedap untuk dimasak sewaktu bersahur atau pada waktu kita tak ada selera makan. Antaranya adalah telur mata masak kicap, telur mata goreng dengan ikan bilis dan cili padi. Ada lagi lauk faveret yang saya suka iaitu sambal kentang dan ikan bilis goreng. Korang nak resepinya? Boleh check di bawah.
Bahan-bahan tak banyak dan proses nak sediakan sambal kentang dan ikan bilis goreng rangup amatlah simple!
Bahan-bahan :
- kentang secukupnya - hiris separuh bulat
- ikan bilis
- bawang merah
- cili padi
- belacan (optional)
Cara penyediaan:
- Kentang potong nipis, kemudian digoreng.
- Ikan bilis digoreng.
- Cili padi, bawang merah & belacan ditumbuk/ blend kasar kemudian tumiskan hingga agak garing.
- Perasakan dgn sedikit garam & gula.
- Dah siap masak tunggu sejuk sedikit, last baru masukkan ikan bilis & kentang yg dah digoreng. gaul rata. siap 😊
Kredit Resepi: Nabilah Zuillkipli
1 Comments
thank you!
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.