Tips Kekal Cergas Dan Sihat Di Bulan Ramadan. Berpuasa tak semestinya kita jadi lembik dan lemah sepanjang hari. Kita kenalah kuat dan cergas seperti biasa bagi menunjukkan rakan bukan islam bahawa berpuasa bukan jadi alasan untuk malas dan tidak produktif.
Amalkan aktiviti sihat dan ambil makanan yang sesuai pada bulan ramadan menjadikan kita kekal cergas dan sihat.
1. Jangan lupa bersahur.
2. Makan dengan cukup untuk mengembalikan tenaga anda.
3. Mudah untuk anda makan secara berlebihan bila anda lapar tetapi makanan yang dihadam lebih lambat seperti bijirin penuh dan protein akan buat anda kenyang lebih lama.
4. Minum air yang mencukupi tapi jangan minum sekaligus. Badan anda memerlukan masa untuk menyerap air itu. Minum secara berkala berbanding minum satu atau dua liter sekaligus.
5. Makan vitamin dan suplemen untuk cetusan tenaga tambahan.
Cara Kekal Cergas Dan Sihat Di Bulan Ramadan

6. Untuk kekal sihat, lakukan senaman dengan betul dan pilih jenis senaman yang sesuai dengan anda yang sedang berpuasa. Contohnya senaman jalan kaki, berbasikal dan sebagainya
Makanan Yang Mengenyangkan Sepanjang Hari Di Bulan Ramadan
Jadi, ambil langkah bijak dengan mengambil makanan seperti berikut semasa sahur:
1. Kurma dan air masak - kurma kaya fibre dan cukup untuk tubuh. Makan 3 biji kurma. kurma adalah sunnah jika di makan dalam bilangan ganjil. Bukan untuk saja-saja, ternyata kurma yang dimakan dalam jumlah ganjil akan memberi kesan yang berbeza jika dibandingkan makan kurma dalam jumlah genap. Minum Air masak yang cukup dapat mengelakkan badan terhidrat di waktu siang.
2. Bijirin seperti milo oat - Milo dan oat merupakan antara makanan yang ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangat mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kita. Cara untuk bancuh milo oat ini adalah dengan letak 1 sachet milo dangan oat dan bancuh dengan air panas.
3. Nasi putih dengan ayam
4. Mee sup atau mee goreng
5. Biskut atau roti
Walau tips yang dikongsikan nampak macam biasa saja, kita tak boleh ambil ringan akan perkara tersebut. Kerana, bagi sesetengah orang yang biasa berpuasa sepanjang tahun, puasa di bulan ramadan tidaklah sukar. Namun bagi mereka yang baru nak belajar berpuasa atau hanya berpuasa di bulan ramadan, tips kekal sihat dan cergas di bulan ramadan di atas diharap dapat banyak membantu.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
Tk perkongsian bermanfaat
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.