Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aynorablogs Kena Block 2 Minggu Oleh Pihak Blogger

Aynorablogs Kena Block Oleh Pihak Blogger. Ada satu ketika pada bulan lepas iaitu pada 10 April 2023 hingga 23 April 2023, blog aynorablogs.com telah di 'lock' oleh pihak blogger.com. Alasannya adalah kerana blog ini dikatakan blog scam. Dikatakan juga blog ini mengandungi posting yang menyalahi polisi mereka. 

Bila blog anda kena "lock", memang tak boleh buat apa. Nak masuk ke dalam editing blog pun langsung tak boleh. Dan untuk tempoh tersebut PV blog adalah kosong!

Aynorablogs Kena Block 2 Minggu Oleh Pihak Blogger


Memang rugi lah, tak dapat update blog dan sebagainya. Income jadi sikit je kerana aynorablogs adalah achor blog untuk saya. Kena redha je..

Langkah yang saya buat untuk dapatkan kembali blog yang di lock:


1. Request review pada butang disediakan. Lama juga tiada respon. Selepas seminggu dia tanya lagi, nak review? Tekan lagi butang "request review".

Aynorablogs Kena Block 2 Minggu Oleh Pihak Blogger

2. Saya hantar email ke blogger.com. explain yang blog ini adalah blog informasi dan tidak mengandungi konten yang menyalahi polisi mereka.

3. Malas tunggu, saya buat blog baru.. cikbayan.com.

4. Tekan butang request review lagi. Sambil berdoa semoga dapat balik blog kesayangan. Mana tidaknya tak sempat back up hari tu.

5. Sebenarnya pihak Blogger bagi tempoh 76 hari untuk kita request review jika kita masih mahukan blog tersebut.

6. Akhirnya selepas hampir 2 minggu blog di 'lock' oleh blogger, aynorablogs dapat di akses semula. Alhamdulillah.

Sehingga kini aynorablogs.com terus aktif dan boleh bersiaran. Dan yang buat saya happy, PV blog masih lagi tinggi seperti selalu setelah 2 minggu terhenti sementara dari dunia maya.

Ia memang pengajaran paling berguna kepada saya di mana sentiasa buat back up atas apa jua yang kita buat samada dalam pekerjaan atau pun dalam aktiviti berblog ini.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. takutnya tiba2 kena lock.. aaiihh kena buat backuplah kalau mcm nie

    ReplyDelete
  2. Mesti kena buat back up blog, terutama bagi mereka yg dah ada banyak entry.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close