Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bagaimana Pencapaian Tahun 2023 Anda Pada 4 Bulan Pertama?

Bagaimana Pencapaian Tahun 2023 Anda Pada 4 Bulan Pertama? Awal tahun hari tu, ada buat azam baru kan? Dah sampai mana pencapaian anda? Sudah terlaksana 40% atau langsung tak berganjak? Cuba ingat balik.. apa azam anda tersebut? 

Tapi saya tak buat atau tulis azam baru 2023 pun. Tahun ini saya cuma nak follow the flow. Namun, secara santai saya fokuskan kepada beberapa perkara untuk diberi perhatian, contohnya;

1. Setiap bulan, berapa saya nak simpan?
2. Setiap hari, berapa kali baca al Quran?
3. Setiap minggu, apa saham akhirat yang kena tambah seperti amal jariah dan sebagainya
4. Setiap minggu ilmu-ilmu yang bermanfaat mesti kena share di mana-mana, yang penting ada yang amalkan walau seorang..
5. Jangan lupa juga ganda-gandakan zikrullah

Ini sekadar contoh, jika anda ada idea lebih baik.. sila fokus kepada perkara tersebut. Jangan terikut-ikut trend semasa, buat apa yang anda mampu dan selesa. Tetapi, bila bab amal baik dan ibadah kenalah lebih! Betul tak?

Sebab material tu semua sekadar pinjaman. Anak-anak, ibu ayah, suami atau isteri.. ia hanyalah pinjaman. Bukan milik mutlak kita. Yang kekal bersama kita hingga ke alam barzakh hanyalah amalan kita. Itu memang hak kita.

Bagaimana Pencapaian Tahun 2023 Anda Pada 4 Bulan Pertama?

Pencapaian Setakat 4 Bulan Pertama Tahun 2023


Pencapaian tahun 2023 setakat bulan April iaitu selama 4 bulan yang lepas, apa yang anda dah capai? Dah ada perubahan. Sudah nampak hasilnya. Ada tak? Mesti lah ada, betul tak?

At least, bulan ramadan hari tu dah berjaya puasa penuh (jika tiada keuzuran). Dapat pula buat puasa enam. Berjaya terawih penuh. Alhamdulillah. Berjaya khatam al Quran pada bulan ramadan. Lagi lah bagus! Itu kan pencapaian yang baik. Teruskan hingga hujung tahun, jika mampu.

Dapat menyimpan RM1,000 sebulan. Insya Allah.. setahun dah ada RM12,000. Dah boleh buat umrah. Itu pun pencapaian.

Teringin kurus dan sihat. Walau sukar nak buat, tapi jika dapat turun 1kg seminggu pun happy 😁😁. Empat minggu dapat turun 4 kg. Itu pun satu kejayaan yang amat sukar dilakukan.. Nak nangis rasanya tengok makanan sedap-sedap, kan? Hehe..

Baiklah.

Kesimpulannya, capailah peningkatan dalam hidup, walau terpaksa mendaki tangga demi tangga ujian penuh kepayahan. Bila istiqamah walau pun sedikit.. hasilnya pasti menggembirakan.

Hidup mesti berubah, okay 👍👍

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close