Setelah berhempas pulas berusaha dan tawakkal, maka jangan di lupa untuk berdoa. Ada satu doa yang mesti diamalkan oleh kita semua yang sedang mengharapkan kaya dunia dan akhirat, iaitu Doa Dari Ayat 35 Surah Shad Untuk Kaya Dan Kemenangan. Doa yang baik-baik tidak jadi masalah atau kesalahan untuk di amalkan pada bila-bila masa pun.
Ayat 35 Surah Shad,
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya ayat 35 surah Shad:
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya
Cara amalan;
Boleh dibaca bersekali dengan doa selepas solat fardhu. Amalkan setiap hari. Insya Allah, kaya dan kemenangan milik anda dan kita semua.
Di sebalik doa yang ampuh dan mujarab ini, kenalah disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.