Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jumlah Pengambilan Biji Selasih Yang Sesuai Untuk Diet Harian

Jumlah Pengambilan Biji Selasih Yang Sesuai Untuk Diet Harian. Mungkin anda tertanya-tanya berapakah jumlah biji selasih yang sesuai di ambil dalam menu diet harian anda? Jika anda suka meletak biji selasih dalam minuman atau masakan, nampaknya ia satu tabiat pemakanan yang baik.

Jumlah Pengambilan Biji Selasih Yang Sesuai Untuk Diet Harian

Jumlah Pengambilan Biji Selasih Yang Sesuai Untuk Diet Harian

Ini adalah kerana dikatakan satu sudu makan (13 gram) biji selasih menyediakan lebih kurang 7 gram serat – 25 peratus pengambilan makanan yang dicadangkan (RDI). Maka, pengambilan serat yang bersesuaian boleh membantu sistem pencernaan harian anda.

Juga, berdasarkan label pemakanan produk A.S., 1 sudu besar (13 gram) biji selasih membekalkan 15 peratus RDI untuk kalsium dan 10 peratus RDI untuk magnesium dan zat besi.

Kalsium dan magnesium sangat penting untuk kesihatan tulang dan fungsi otot anda, sementara zat besi sangat penting untuk pengeluaran sel darah merah.

Maka, dari penjelasan di atas, boleh dikatakan pengambilan 1 - 3 sudu makan biji selasih yang telah direndam adalah jumlah yang sesuai dengan aktiviti harian anda. 

Ambil biji selasih berlebihan juga tidak bagus jika boleh mendatangkan kesan tak baik di kemudian hari. Adalah digalakkan untuk mengambil air masak yang cukup jika kita memakan biji selasih dalam jumlah yang banyak.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close