Contohnya, ada 280 orang sedang online di blog pada sesuatu masa, biasanya sekitar pukul 8 - 10 pagi dan pukul 2 - 4 petang. Memang gembira dan excited masa tu. Walau sesekali berlaku, ia tetap menjadi kenangan yang membanggakan. Saya sempat screen shot seperti gambar di atas.
Ketika bulan ramadan, blog ini memang menjadi pusat tumpuan untuk beberapa artikel, seperti:
1. Menu berbuka puasa
2. Ucapan hari raya
3. Cara niat solat qada
4. Ucapan hari lahir
5. Cara masak nasi impit
6.. Dan banyak lagi
Jadi, bila nak masuk bulan ramadan saya akan refresh, update dan ping entry blog tersebut di pelbagai media sosial seperti pinterest, twitter dan facebook.
Ini adalah kerana kebanyakan entry popular adalah entry yang telah lama diterbitkan. Ada yang telah diterbitkan sejak tahun 2015, 2018 dan 2019. Jadi, kita kena main peranan untuk "menyegarkan" entry itu semula.
Semoga dengan sedikit panduan dan perkongsian di atas, ada ilmu yang difahami dan dipraktikkan oleh blogger di luar sana.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.