Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kopi Ais Dan Ais Krim Teman Setia Di Kala Cuaca Panas

Kopi Ais Dan Ais Krim Teman Setia Di Kala Cuaca Panas. Cuaca panas lit lit sekarang ni, kena banyak minum air dan lakukan aktiviti di dalam rumah sahaja atau di kawasan berbumbung. Dengarnya ramai yang on aircond sepanjang masa. Gamaknya nanti bil api pasti mencanak naik. Redho je lah.. bukan selalu..

Kopi Ais Dan Ais Krim Teman Setia Di Kala Cuaca Panas

Balik dari pasar tadi, panas sangat. On the way balik nampak gerai jual air gantung bermacam perisa. So saya pilih kopi ais cawan besar. Harga RM6.00. Memang besar saiz cawan tu, nak genggam dalam tangan pun tak sampai.. hehe

Bila dah dapat minum, segar dan lega rasanya. Hilang sekejap rasa panas yang melanda tadi.

Kopi Ais Dan Ais Krim Teman Setia Di Kala Cuaca Panas

Kopi Ais Dan Ais Krim Teman Setia Di Kala Cuaca Panas

Tak lupa juga tadi sempat beli ais krim untuk jadi teman di rumah bila tekak terasa panas dan haus. Dapat makan ais krim pun dah rasa nikmat sangat.

Bukan selalu makan ais krim dan kopi ais. Dalam cuaca panas melampau je kita cari benda-benda sejuk untuk dimakan. Betul tak?

Dalam keadaan cuaca panas melampau ini adalah diingatkan supaya sentiasa banyakkan minum air masak, kerap mandi untuk megelakkan badan kering, memakai pelembap muka dan kulit serta elakkan berada di bawah panas terik terlalu lama.

Yang penting adalah sentiasa berwaspada dalam keadaan cuaca yang panas begini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close