Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perbaharui Lesen Memandu LMM 10 tahun Caj RM270 Sahaja

JPJ - Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus.

Contohnya, bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30.

Perbaharui Lesen Memandu LMM 10 tahun Caj RM270 Sahaja


Diskaun 10% Jika Perbaharui Lesen 10 Tahun


Keistimewaan diskaun 10% khas untuk mereka yang memperbaharui lesen untuk tempoh 10 tahun terus. Jika perbaharui setakat 5 tahun tiada keistimewaan diskaun 10%. 

Kementerian Pengangkutan (MOT) memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa.

Menteri pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.

Buat sementara waktu, orang ramai boleh mengambil peluang ini mulai 8 Mei 2023 di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.

Inisiatif di atas hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang atau Kad MyKAS yang mana terikat dengan tempoh sah laku pasport individu terbabit.


Sumber:

1. Sinar Harian

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close