Petua Pilih Ikan Segar. Jika anda memang seorang penjual ikan, ciri-ciri ikan yang segar atau sebaliknya memang di hujung mata. Tunjuk je dah tahu ikan tu segar atau dah layu. Hehe.. kalau kena kat kita, ikan pun tak kenal. Ikan yang mudah dikenali tentulah ikan pari, ikan kembung, ikan kerisi, ikan keli. Kalau pelik sikit memang tak kenal langsung.
Salah satu cara simpan ikan yang penting adalah menyimpannya pada suhu yang rendah. Suhu bahagian freezer mestilah berada pada 4 darjah celcius atau leih rendah dari itu. Suhu yang rendah boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria pada ikan.
Cara ini juga bukan saja dapat mengelakkan mikro organisme berkembang, malah ia boleh menghindari kejadian keracunan makanan akibat daripada makanan yang telah tercemar
Ciri-Ciri Ikan Yang Masih Segar
1. Mata cerah dan menonjol
2. Insang merah
3. Dinding perut masih tegang
4. Sisik ikan masih kuat
Ciri-ciri Ikan Yang Sudah Tidak Segar
1. Mata pudar dan tenggelam
2. Insang warna coklat/ kelabu
3. Isi perut terkeluar
4. Sisik ikan mudah tercabut
Cara simpan ikan agar tahan lama dan sentiasa segar
Cara ini juga bukan saja dapat mengelakkan mikro organisme berkembang, malah ia boleh menghindari kejadian keracunan makanan akibat daripada makanan yang telah tercemar
Bila dah ada ilmu tentang ikan, boleh bijak memilih bila membeli ikan. Ikan yang masih segar akan lebih sedap rasa dan baunya. Dan seharusnya, beli stok lauk basah seperti ikan sekadar keperluan seminggu saja, kerana bila ikan sudah tak segar, ia sudah tidak sedap untuk di masak.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.