Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Masak Dengan Bunga Kantan Pasti Menyegarkan. Siapa suka letak bunga kantan dalam asam pedas dia geng dengan En suami. Saya tak berapa suka tetapi kerana nak ikut permintaan beliau, maka kenalah letak ya. Katanya sedap hirup kuah asam pedas sambil kunyah bunga kantan yang berbau harum. Entah lah..
Bagi saya, asam pedas legend lagi best. Macam mak kita masak dulu-dulu. Tak ada pun bunga kantan?! 😃
Asam Pedas Siakap Dengan Bunga Kantan
Resepi ni adalah adalah air tangan sendiri, baru je siap memasak tadi. Tangan pun masih bau daun kesum.. hehe, nak cuba resepi ni.. jomlah!
Bahan-bahan;
8 ketul ikan siakap
20 tangkai cili kering yang telah direbus - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang merah kecil - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
2 batang serai - ketuk je
Semangkuk daun kesum, ambil daunnya saja
2 batang bunga kantan
2 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Untuk hiasan:
Tomato
Kacang bendi
Cara penyediaan asam pedas siakap bunga kantan
1. Masukkan 3 sudu minyak masak ke dalam bahan kisar, dan kisar hingga hancur segala biji lada kering.
2. Tumis serai hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan hingga masak atau naik minyak.
3. Masukkan asam keping dan bunga kantan. Kacau rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan ikan siakap satu persatu, lebih bagus guna periuk yang luas/ lebar. Jadi ikan tidak bertindih. Kemudian tambah air jika kuah masih pekat. Ikut citarasa nak pekat atau cair..
5. Perisakan dengan garam dan gula, dan perisa makanan jika suka.
6. Akhir sekali masukkan hiasan tambahan seperti tomato dan bendi, jika ada. Kalau tak ada tak mengapa, tak jadi kesalahan pun..
7. Asam pedas ikan siakap bunga kantan siap untuk dihidangkan.
Nota:
Jika suka belacan, anda boleh kisar sekali di dalam bahan kisaran tadi.
Selamat mencuba resepi asam pedas cair boleh hirup.. hehe
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.