Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Goreng Ala Thai

Resepi terbaru dari perkongsian di label Resepi adalah Daging Goreng Ala Thai. Kalau belum pernah buat resepi enak ini, boleh lah dicuba ya. Caranya pun agak mudah, dan bahan-bahan memasak mudah dicari. Selamat mencuba.

Resepi Daging Goreng Ala Thai

Bahan-bahan:

400gm daging (potong dan bersihkan
4 ulas bawang putih (hiris) 
1 labu bawang merah besar (hiris)
Sedikit sos ikan (anggaran 1 sudu makan) 
2 sudu makan cili kisar
Sedikit daun limau purut
1 biji tomato (belah 4)
Buah limau nipis
Daun ketumbar
Garam 
Gula
3-5 batang cili padi (pilihan)
Minyak masak 

Bahan Perap:

1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu makan sos tiram 
Garam secukup rasa

Cara Memasak daging goreng ala Thai


1. Satukan daging dan semua bahan perapan dalam satu bekas. Gaul sebati dan perap selama I jam. Ketepikan

2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga terbit wangi dan bawang layu.

3. Kemudian masukkan daging yang dah diperap tadi dan gaul sebati. Masukkan daun limau purut. Kemudian tutup periuk. Guna api sederhana sahaja. Masak daging sehingga lembut. Tapi rajin kacau-kacau ye.

4. Bila daging dah masak, masukkan cili kering kisar. Kalau nak pedas, boleh tambah kuantiti. Tambah pula sos ikan. Kemudian ambil sepotong limau nipis dan perahkan. Tambah gula secukup rasa.

Resepi Daging Goreng Ala Thai

Resepi Daging Goreng Ala Thai

5. Setelah itu masukkan tomato. Gaul rata. Nak masukkan cili padi pun boleh kalau suka pedas.

6. Last sekali, taburkan daun ketumbar.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close