Bahan-bahan asas yang asli untuk kek oren adalah buah oren, oren sunkist, tepung dan telur. Ada yang asas tersebut, barulah menjadi kek oren anda.
Resepi Kek Oren Sedap Dan Lembut Dengan Sukatan Cawan
Bahan basah:1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (tambahkan sedikit air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara Penyediaan:
1. Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2. Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3. Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4. Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5. Griskan @ sapukan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6. Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂
Terliur tak tengok gambar kek oren sunkist di atas? Kek oren yang tak jemu dimakan. Bila berkunjung ke rumah saudara mara di hari raya, pasti dikejar kek oren dulu.
Selamat mencuba.
Sumber : Credit to Nieza Nor Hamira
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.