Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Nasi Lemak Kerang Simple Tapi Sedap

Sarapan Nasi Lemak Kerang Simple Tapi Sedap. Bila dah sedap kita beli lebih, takut makan satu bungkus tak cukup. Bila nak makan, buka bungkusan.. rupanya nasi lemak ni nasinya banyak dan makan satu dah cukup. Pekak kan telinga kena bebel dengan En suami. Dah terpaksa dia kena makan lagi satu bungkus selepas dia habiskan roti jala tadi. Haha..

Sarapan Nasi Lemak Kerang Simple Tapi Sedap



Kami beli jugak karipap 3 ketul, roti jala sebungkus (ada 8 gulung dan kuah kari yang amat sedap). Mana tak gemok.. huhu



Dalam nasi lemak tu ada satu keping telur dadar dan sambal kerang. Memang isi kerang dia tak banyak sangat tetapi bila dah digaul bersama sambalnya.. umph rasa dia tak terkata. Sedap sangat!! Tak de timun atau kekacang, tapi rasa nasi lemak sambal kerang dia memang kaw!

Alhamdulillah, dah kenyang.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Watak utama selepas nasi lemak sudah tentu sambalnya. Sambal kerang dengan nasi lemak memang sangat sedap. Tak ada aksesori lain pun tetap rasa sedap.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close