Saya kongsikan resepi Sardin Masak Lemak Cili Api, bagi mereka yang tak pernah memasaknya. Sardin masak lemak cili api amat mudah disediakan. Tak perlu di masak lama-lama kerana ikan sardin tu pun dah masak. Cuma nak campur rasa sardin dan santan tu perlu juga dipanaskan atas dapur dengan api perlahan. Insya Allah, rasanya sedap dan anda akan teringin makan lagi lain kali.
Kalau dah bosan makan sardin kicap atau kari, kali ini cuba pula masak sardin lemak cili api.
Resepi Sardin Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan:
1 tin sardin - saiz besar
250 gm santan pekat
1 biji bawang merah - kisar
1 biji cili merah - kisar
10 biji cili padi - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama daun kunyit dan asam keping.
2. Masukkan serai dan santan, kacau seketika.
3. Buang separuh sos ikan sardin
4. Masukkan ikan satdin bersama separuh sos tadi ke dalam periuk. Tambahkan @ perisakan dengan garam.
5. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.
6. Bila dah masak, matikan api dan siap untuk dihidang.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.