Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Zikir Laa Ilahaillallah Huwahdahu Laa Syarikalah Paling Ditakuti Oleh Iblis Dan Syaitan

Zikir Laa Ilahaillallah Huwahdahu Laa Syariikalah Paling Ditakuti Oleh Iblis & Syaitan. Daripada perkongsian ustazah Asma Harun. Apabila kita amalkan zikir ini secara istiqamah setiap hari, kita akan terlindung dari gangguan iblis dan syaitan.

Zikir Laa Ilahaillallah Huwahdahu Laa Syarikalah Paling Ditakuti Oleh Jin & Syaitan

Barangsiapa yang membaca zikir ini 100 kali, ia akan diberi pahala seperti:

1. Membebaskan 10 orang hamba 
2. Diberikan 100 kebaikan
3. Allah SWT akan melindungi dari 100 keburukan 
4. Dilindungi dari bisikan jin dan syaitan

Daripada Abu Dzar al-Ghifari dan Abd Rahman bin Ghannam meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca: La ilaha illah wahdahu la syarikalah. Lahul-Mulk walahul Hamdu yuhyi wa yumit. Wa huwa 'ala kulli syain Qadir... sambil duduk membengkokkan kakinya sebelum bangun pergi pada solat Maghrib dan Subuh sebanyak sepuluh kali maka setiap satu lafaz yang diucapkannya akan dicatatkan baginya sepuluh kebaikan, dihapus sepuluh dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat. Zikir itu juga menjadi perisai setiap bahaya bahkan menjadi penjaga daripada godaan syaitan yang terkutuk." (Hadis Riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannnya) - sumber

Zikir Laa Ilahaillallah Huwahdahu Laa Syarikalah Paling Ditakuti Oleh Iblis & Syaitan


Ini adalah zikir yang amat ditakuti oleh iblis dan syaitan. Dan sesiapa yang istiqamah berzikir dengan zikir ini, insya Allah ia aka dilindungi dari gangguan iblis dan syaitan.

Bacalah dan amalkan,

Laa Ilahaillallah Huwahdahu Laa Syarikalah 
Lahulmulku walahulhamdu yuhyi wa yumit
Wahuwa 'ala kulli syaiin qodiir


Maksudnya:

Ertinya: “Tidak ada Tuhan Selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.”

Semoga bermanfaat bagi kita semua. Wallahu'alam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close