Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

3 Orang Hebat Di Dunia

3 Orang Hebat Di Dunia. Nak jadi orang hebat tak mudah. Nak jadi orang agung di dunia pun tak jumpa jalannya. Bagaimana pula kita boleh bertahan walau dalam keadaan sengsara. Mampukah kita mengharungi rintangan hidup bersendirian tanpa mendedahkan kekurangan kita? Tinggikah sabar dan kuatkah hati bertahan dalam situasi yang tak pasti. 

3 Orang Hebat Di Dunia

Jalan menjadi hebat adalah jalan penuh duri dan liku. Persiapkan diri dengan perisai iman dan taqwa untuk menuju jaya. Ganjaran manis akan menanti di sana.

3 Orang Hebat Di Dunia

Menurut Imam Syafi'i, 3 orang hebat di dunia adalah:-

1. Orang yang mampu menyembunyikan kemiskinannya sehingga tidak pernah meminta-minta kepada manusia di dunia dan di sangka berkecukupan

2. Orang yang mampu menyembunyikan amarah sehingga orang lain menyangka dia redha.

3. Orang yang mampu menyembunyikan kesusahan sehingga orang lain menyangka selalu bahagia.

Jika kita diuji dengan 3 perkara tersebut iaitu miskin, sedang marah dan susah.. apakah kita masih mampu menutup semuanya dan berlagak kita sedang okay-okay saja?

Adakah kita hebat hingga sanggup menanggung semuanya sendirian tanpa sedikitpun terasa lelah.

Berusahalah menjadi orang yang hebat sepertimana disebut oleh Imam Syafi'i. Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close