Beli Durian Musang King Saiz Comel. Sejak sebulan musim durian ni, kami sekeluarga belum ada peluang beli Musang King. Yang biasa ada banyak stok adalah IOI, udang merah, durian kampung, dan lain-lain.
Hari ini on the way balik kerja, lalu depan gerai durian yang saujana mata memandang. Banyak betul durian yang ready stock. Maka, kita pun berhenti sebab nak cari Musang King.
"Boss! Musang King ada?"
"Ada.. ada.."
Sekali dia tunjuk tempat musang king bertapa. Comel-comelnya Masya Allah. Ada 4 biji je.
"Ini aje yang tinggal ke?"
"Sudah petang. Stock baru esok pagi ada."
Saya pun malas nak tunggu esok maka ambillah Musang King yang comel-comel tu. Minta dia orang kopek sekali. Sampai rumah tinggal makan je.. hehe
Gambar atas - durian kampung, not bad jugak. Warna creamy tetapi rasanya manis. Cadangnya kalau tak habis durian kampung ni, akan dibuat bubur je.
Gambar atas - durian udang merah. Ya Allah sedapnya, manis, lemak, pahit.. semua ada. Saya beli 2 biji durian udang merah, ada yang rasanya lebih sedap dari Musang king. Alhamdulillah.
Keseluruhan jumlah pembelian adalah RM163. Untuk 4 biji musang king saiz comel, 2 biji udang merah dan 1 biji durian kampung.
Korang rasa harga durian sekarang ni dan merosot atau masih stabil? Dengarnya ada sesetengah tempat buah durian dah jatuh harga. Kenapa ya? Apakah puncanya? Adakah kerana longgokan buah di sesuatu tempat menyebabkan harganya menurun?
Yang pelik, kat tempat tinggal saya.. buah durian masih dikategorikan agak mahal.
Sesekali beli, okay la. Kalau tiap minggu beli boleh bocor jugak poket ni..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.