Berbahagialah Orang Yang Diberi Hidayah. Bawalah ke mana saja diri nak pergi, jika hidayah Allah dah beri, ketenangan hakiki pasti kamu rasai. Bukan semua orang diberi rasa dan peluang sebegini. Jika hidayah Allah dah diterima, jagalah ia dan sirami dengan iman dan taqwa.
Jangan membebankan diri dengan sesuatu yang kamu tidak mampu. Jangan memaksa diri atau orang lain akan sesuatu yang tidak menjadi keutamaan dalam sesuatu masa. Lakukan dengan semampu kamu. Selebihnya itu urusan Allah Azzawajalla.
Diriwayatkan daripada Fadhalah bin 'Ubaid R.A, daripada Nabi SAw, Baginda bersabda, "Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada islam, manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada." - HR at-Tirmizi dan Ahmad
Hidup berpada-pada dan sentiasa rasa cukup. Itulah rahsia dan faktor kebahagiaan. Yang tidak meminta berlebihan, tidak tamak dan sentiasa memberi walau di mana berada. Rasa orang yang memberi ni lain, kebahagiaan yang tak tergambar bila dapat memberi. Apatah lagi bila pemberian itu menambah manfaat kepada si penerima.
Nak bahagia itu mudah saja. Jalani hidup dengan apa adanya. Yang penting itu adalah jalan menuju yang Esa.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi SAW. Baginda bersabda, "Permudahkanlah, jangan menyusahkan, tenangkanlah dan jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu." - HR al-Bukhari dan Muslim
Renungkanlah bersama-sama. Semoga kita semua peroleh manfaat dan inspirasi bahagia yang dicari.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.