Jemput-Jemput Sayur Kekal Lembut Berjam-jam. Ha.. Kita nak share resepi jemput-jemput sayur yang kekal lembut isinya sampai petang. Kalau tak habis bawak ke malam. Hehe...
Resepi ni saya buat pada hujung minggu hari tu. Memang terbukti lembut di dalam dan rangup di luar. Sayur dia krup krap bila dikunyah. Nak resepinya ada di bawah.
4. Biar masak kekuningan, baru di angkat.
5. Angkat dan toskan seketika.
6. Jemput-jemput sayur siap untuk dihidangkan bersama cili sos atau sambal kicap.
Resepi Jemput-Jemput Sayur
Bahan-bahan:
1 mangkuk tepung gandum
1 biji bawang besar - racik halus
1 ikat buncis - hiris halus
1 mangkuk kobis - hiris halus
1 biji telur
3 batang cili padi - hiris
Garam secukupnya
Air sejuk dari peti ais secukupnya
Cara penyediaan jemput-jemput sayur
1. Masukkan sayuran ke dalam satu bekas dan gaulkan. Kemudian pecahkan sebiji telur. Taburkan garam dan kacau rata.
2. Masukkan air sejuk dari peti ais dan bancuh doh pada kadar sederhana cair.
3. Goreng dalam minyak yang banyak dan terendam.
5. Angkat dan toskan seketika.
6. Jemput-jemput sayur siap untuk dihidangkan bersama cili sos atau sambal kicap.
Nota:
Jemput-jemput sayur tahan lebih lama dan lembut berjam-jam sebab bancuhan dengan air sejuk dari peti ais. Memang terbukti menjadi jemput-jemput yang dihasilkan.
Selamat mencuba.
1 Comments
Suka jemput2 sayur.
ReplyDeleteJemput2 nasi pun sedap
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.