Sardin Masak Kicap Dengan Cili Lebih. Sardin in the house lagi sebab anak sedang cuti sekolah. Jadi, jika dia balii bercuti mesti ada menu sardin di rumah. Almaklum, di asrama tak ada lauk sardin katanya. Kita layan je lah kehendak dia asalkan menu yang dimasak tu habis di makan.
Ada orang masak sardin hanya ambil isinya sahaja dan sosnya dibuang. Tetapi ikut cara saya, jika masak sardin dalam tin, saya memang buang sosnya. Tetapi jika masak sardin dalam packing, saya akan masak sekali isi dan sosnya.
Resepi Sardin Masak Kicap Dengan Lebih Cili
Bahan-bahan;
1 bungkus sardin jenama Sardines (dalam pack)
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 bungkus kecil suhun - rendam seketika
8 tangkai cili padi - belah dua/ hiris
Kicap secukupnya
Garam dan gula, jika suka
Cara penyediaan sardin masak kicap lebih cili
1. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan sedikit air. Biar mendidih.
2. Masukkan sardin perlahan-lahan agar sardin tak hancur.
3. Masukkan kicap, perisakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan suhun dan kacau rata secara perlahan-lahan.
5. Sardin masak kicap sudah siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Jika suka boleh tambah tomato cherry sebagai hiasan atau ulaman.
Inilah gambar sardin dalam pack, di mana isisnya lebih sedap dan ada banyak isi sardin di dalamnya. Cubalah, dan anda pasti akan suka dengan rasanya.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.