Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Itu Fenomena Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku

Apa Itu Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku. Kebelakangan ini banyak kes kemalangan jiwa berlaku kerana fenomena kepala air. Apa itu kepala air?

Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Apa Itu Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku
Gambar ehsan google


FENOMENA KEPALA AIR AMATLAH BERBAHAYA KERANA APABILA TERJADINYA KEPALA AIR INI KITA HANYA ADA LEBIH KURANG 10 – 15 MINIT SAJA NAK MENYELAMATKAN DIRI ITU PUN BERGANTUNG KEPADA SAIZ SUNGAI. BAHAYA ALIRAN AIR INI APABILA HUJAN SANGAT BESAR DAN DERAS DAN BOLEH MEMBAWA SEGALA MACAM KELODAK, BATU DAN KAYU BALAK.

5 Tanda-Tanda Awal Kejadian Kepala Air


1. Tengok Keadaan Langit di Hulu Sungai


Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.

2. Bunyi Dentuman Gerakan Batu Dari Hulu Sungai


Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air

3. Bunyi Siren Amaran


Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi.

4. Perubahan Arus Sungai


Perubahan arus sungai dan keadaan air sungai itu kena perhatikan juga. Kalau ada tanda-tanda gelap di kawasan hulu. Tanda gelap itu macam nak hujan. Contohnya kita dekat Bangsar, tapi langit dekat Puchong dah gelap. Takut dekat Puchong dah hujan bangsar tak lagi, cerah elok (ini analogi mudahnya)

Apa Itu Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku

5. Prihatin Dengan Perubahan Cuaca


Keperihatinan terhadap perubahan cuaca ketika seronok bermain air, juga perlu kita tahu. Walaupun di tempat kita mandi tak hujan tapi di hulu sungai dah gelap dengan bunyi guruh berdentum itu pun kita perlu tahu.

Infografik Tanda Awal Fenomena Kepala Air


#sumber Astro Awani

Apa Itu Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku

Apa Itu Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku

Apa Itu Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku

Apa Itu Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku

Apa Itu Kepala Air Dan Tanda-Tanda Bilakah Ia Berlaku

Jagalah diri sendiri dan keluarga tersayang dengan ambil langkah berjaga-jaga dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan. 

Setiap dugaan yang menimpa pasti ada hikmah menanti di hujungnya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close