Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bulan Julai Telah Tiba, Belum Terlambat Untuk Hidup Lebih Baik

Tiada istilah terlambat untuk berubah. Bulan Julai dah menjelmakan sinarnya. Apa yang anda nak ubah dalam masa ke depan ini? Yang lepas kita biarkan je.. benda dah berlaku. Kita pandang ke depan sambil muhsabah perkara yang lepas. Khilaf kelmarin jangan diulang-ulang. 

Apa agaknya kehidupan ke depan ini yang anda nak ubah? Dari segi kewangan mungkin? Atau dalam aspek kesihatan? Mungkin juga anda mahu kekeluargaan yang lebih rapat bersama orang yang anda sayang?

Bulan Julai Telah Tiba, Belum Terlambat Untuk Hidup Lebih Baik

Julai dah datang. Bermakna sudah enam bulan kita lepaskan. Apa yang anda dah capai pada enam bulan tersebut? Renung dalam diri.. apa kekurangan yang belum terisi seperti amal ibadat, sedekah jariah, bacaan al Quran.. dan sebagainya. Adakah dah start buat secara konsisten?

Buatlah.. buat dan jangan berhenti. Istiqamah. Allah suka hambanya yang berbuat baik dan memperbaiki amalnya dengan istiqamah. Perlahan-lahan tetapi yang pasti, ia dilakukan tanpa henti. 

Hidup baik-baik, bukan sekadar bernafas. Saya suka kata-kata hikmah ini. Yang dalam dan luas maksudnya. Siapa yang tahu, dia pasti dah mula mengubah apa yang perlu diubah. Berjalan penuh berhati-hati, berkawan dengan teliti. 

Bila usia makin bertambah, langkah kita pun perlulah penuh dengan tabah, redha dan tawakkal. Syukur itu wajib dijadikan amalan namun jangan lupa kena perbanyak bersabar.

Bila Julai datang, umur bertambah. Sisa usia semakin pendek. Rebutlah peluang muda sebelum tua. Masa bertenaga dan muda.. pulun sebanyak ibadah dan doa tanpa keluh kesah. Masa untuk diawang-awangan sudah tamat. Jangan berlambat-lambat untuk berbuat baik. 

Syukur lah masih di beri peluang mengecapi bulan Julai yang indah, hendaknya.. sambil tidak lupa tujuan kita dilahirkan ke dunia ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close