Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cadbury Coklat Dairy Milk Terapi Diri Ketika Stress

Cadbury coklat dairy milk antara coklat kegemaran family kami. Kalau beli coklat tak boleh satu sebaliknya kena beli sorang satu. Kerana apa? Sebab kami tak cukup makan kalau kena berkongsi. Dari dulu lagi, coklat kegenaran kami adalah dari jenama Cadbury. Kalau ayah dan abangnya suka yang ada fruit tetapi saya dan si bongsu pula suka yang perisa original iaitu Dairy Milk. 

Tetapi semakin lama coklat semakin mahal, maka makan lah sikit-sikit coklat tu supaya lambat habisnya.. 😊😊

Adakah benar coklat boleh dijadikan makanan terapi diri ketika stress? Baca penerangannya dibawah.

Cadbury Coklat Dairy Milk Terapi Diri Ketika Stress

Coklat Sebagai Terapi Stress


Kenapa coklat biasa dijadikan makanan atau manisan terapi diri? Bukankah terlebih makan coklat akan jadi lebih aktif dan menambah stress? 

1. Coklat yang sebetulnya untuk menghilangkan stress adalah dark coklat. Ini kerana dark coklat mengandungi dan kaya dengan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tahap hormone stress dalam badan.

2. Coklat pahit yang berwarna hitam antara yang terbaik kerana belum dicampur zat tambahan lain. Sekeping coklat pahit mempunyai 70 hingga 85 peratus koko, mengandungi 11 gram serat, 67 peratus zat besi, 58 peratus magnesium, 98 peratus mangan, kalium dan fosforus.

3. Lebih menarik apabila di dalamnya terkandung lemak tidak tepu baik untuk kesihatan. Coklat pahit kaya dengan antioksidan seperti polifenol, flayanol dan catechin, baik untuk kesihatan selain melindungi sel tubuh daripada radikal bebas.

4. Amalan memakan coklat juga baik kerana dapat merembeskan hormon endorfin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi, dan seterusnya mengurangkan stress atau tekanan.

3. Melindungi Kulit - Selain itu dark chocolate adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Dah lah sedap, hilangkan stress malahan dapat melindungi kulit.

Cadbury Coklat Dairy Milk Terapi Diri Ketika Stress

Cadbury Coklat Dairy Milk Terapi Diri Ketika Stress

Walaupun kami kurang makan dark coklat, tetapi kami percaya makan coklat jenama lain juga amatlah menggembirakan anak-anak kerana rasanya yang berlemak dan manis. 

Dari pengamatan saya, anak-anak yang suka makan coklat dalam keadaan terkawal sejak darl kecil akan membesar menjadi individu yang kreatif, bersaing dan punya keyakinan yang tinggi.

Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada semua.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close