Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

8 Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh

8 Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh. Daun kesum amat terkenal dalam menu masakan asam pedas,! Itu sudah pasti. Tanpa daun kesum asam pedas macam tak menjadi rasanya. Baunya pun tak naik dan nak hirup kuah asam pedas pun kurang selera. Begitulah penangan daun kesum dalam menu asam pedas.

Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di tepi bilik air)

Daun Kesum kaya dengan kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Kesum mempunyai aroma yang dapat merangsang selera, dan dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan. Ini petua yang bagus juga.. 

Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh

Pokok Kesum mempunyai 2 jenis iaitu menjalar dan menegak. Di Thailand banyak digunakan sebagai ramuan salad manakala di Malasia pula sebagai penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang, asam pedas dan dalam hidangan nasi kerabu, selain dimakan mentah sebagai ulaman yang cenderung menjaga kesihatan dalaman.

Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh

Mari kita lihat apakah khasiat daun yang menjadikan masakan kita lagi sedap. Dan juga khasiat dan kebaikannya kepada kehidupan kita.


8 Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh


Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh


1. Menaikkan aroma dalam masakan


Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam, lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Selain aromanya yang dapat merangsang selera, daun herba ini juga dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.

2. Mengharumkan tubuh


Dengan melumur daun kesum yang telah dihaluskam ke bahagian tubuh ketika mandi, ia meningkatkan haruman semulajadi di tubuh.

3. Merangsang dan melawas pembuangan air kecil dan besar


Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Ir. Dato’ Dr. Abdul Wahab Mohammad berkata kesum yang mentah atau yang telah dimasak telah digunakan dalam rawatan gangguan pencernaan.

Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung dan ketidakhadaman perut

4. Baik untuk wanita lepas bersalin


Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus. Bersifat panas dan baik untuk wanita selepas bersalin

5. Mengekalkan stamina, kesihatan dan awet muda


Pucuk daun kesum boleh dijadikan ulam untuk mengekalkan stamina dan kesihatan awet muda

6. Meningkatkan daya ingatan 


Kesum juga mempunyai beberapa ciri yang baik seperti kandungan antioksidan yang tinggi, aktiviti antimikrob, anti-keradangan, anti-kedutan, meningkatkan daya ingatan dan pelbagai manfaat lain yang telah dibuktikan secara saintifik oleh para penyelidik di Malaysia

7. Merawat kelemumur


Rebusan dan minyak daun ini boleh mengatasi masalah kelemumur.

8. Meningkatkan daya penglihatan


Daun kesum dilaporkan mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C.


Sumber:

2. Sambaleena

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close