Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Tempe Dalam Menu Harian Kita

Khasiat Tempe Dalam Menu Harian Kita. Makan tempe banyak khasiat rupanya, kalau dari kecil tahu segala khasiat tempe, pasti tak cukup 10 bungkus tempe di beli oleh ayah kami setiap hari. Oleh kerana ada adik beradik tak berapa suka tempe, maka yang tukang perabis tentulah adik beradik yang makan tempe. Hehe..

Kami adik beradik boleh je makan tempe yang telah di masak atau makan mentah gitu aje. Semua boleh, asal tolak batu dengan kayu je.. gitulah kata pepatah orang tua.. 😅😅 

Khasiat Tempe Dalam Menu Harian Kita

Khasiat Tempe Dalam Menu Harian Kita

1. Mengawal paras kolesterol

2. Mengurangkan keradangan

3. Mengawal tekanan darah

4. Meningkatkan kesihatan tulang

5. Melindungi jantung

6. Rendah lemak

7. Mengurangkan premenstrual syndrome dan simptom menopaus

Untuk maklumat lanjut berkaitan khasiat tempe, anda boleh google dalam laman web KKM. 

Banyak kan Khasiat tempe? Korang suka makan tempe sebab apa? Adakah ia juga bagus untuk otak? Sebab dari kecil mak bapak kita orang dah latih makan tempe. Alhamdulillah.. semua anak-anak jadi orang berguna dan berjaya. Kiranya.. bijak pandai la. Itu mungkin secara kebetulan, Allah izinkan.

Sekarang ni bila suruh anak-anak pulak makan, dia orang tak berapa nak jalan. Kita tak boleh paksa. Jadi, kita bagi mereka supplement minda. Alhamdulillah.. yang itu dia orang makan sebab mudah nak ditelan. 

Berbalik kepada khasiat tempe, ada beberapa resepi yang korang boleh masak supaya semua ahli keluarga boleh memakannya. Antara masakan yang boleh diolah dengan tempe adalah:

1. Sambal goreng jawa

2. Tempe goreng cicah sambal kicap

3. Tempe goreng dengan kentang, buat rangup-rangup sebagai makanan ringan

4. Sambal goreng tempe dengan kacang tanah dan ikan bilis. Beli kat shopee sebalang kecil harga pun dah RM15.

Dan, banyak lagi yang korang gayakan masakan tempe tersebut.

Yang penting, ia sedap dan menyihatkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close