Petua Halang Minyak Masak Jadi Hitam Selepas Menggoreng. Apa khabar anda hari ini? Hari ni ruang resepi tak berasap ya, sebab saya nak share tentang petua di dapur. Petua ringkas yang boleh dijadikan panduan kita untuk berjimat cermat, jika boleh.
Kalau anda ada petua yang sesuai dan mahu dikongsikan di kayoomanis.com, anda boleh tulis di ruangan komen. Terima kasih kerana menyokong blog resepi ini sebagai salah satu rujukan dan medan informasi resepi anda.
Petua Halang Minyak Masak Jadi Hitam Selepas Menggoreng
Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis. Masukkan sekali ketika anda mahu menggoreng.
Tapi perlu diingat, minyak bekas gorengan yang dah diguna beberapa kali sudah tidak elok digunakan lagi. Tetapi jika diguna untuk dua kali gorengan dan minyak masih elok, apa salahnya. Lagipun sekarang ni harga minyak masak pun dah naik mencanak. Kena berjimat cermat gamaknya.
Pesan dari saya, berhati-hati di dapur. Kerana malang tidak berbau. Saya sendiri pernah mengalami kebakaran kecil di dapur, tetapi tidak lah mencederakan..
Sekadar mengingatkan. Jumpa lagi, bye!@😊😊😊
**sumber
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.