Pokok Bunga Akhirnya Bercambah Subur. Tak tahu apa nama pokok bunga yang dah mula tumbuh dan bertunas tersebut. Kami ambil dari rumah orang tua di kampung. Letih nak menunggu tunasnya bercambah dan daun yang lebar itu muncul. Akhirnya setelah 3 bulan, dah nampak hasilnya.
Pokok kelapa kipas, dekat 6 bulan kami menanamnya. Pucuk muda sentiasa tumbuh baru namun daun/ pelepah kelapa yang lama mulai rosak kerana ditiup angin atau sudah masanya untuk mati. Namun, bila daun kipas mula mengembang, ia kelihatan amat menarik dan hijau merimbun.
Sekarang ni tengah fikir nak tambah pokok bunga apa pulak selepas ini. Rasanya macam nak tanam pokok bunga cina la.. tunggu kebenaran dari bentara guru dulu.. hehe
Melihat pokok bunga setiap pagi sebelum pergi kerja merupakan satu terapi buat mata dan minda..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.