Resepi Asam Pedas Cair Ikan Merah. Buat cair-cair sebab kami memang suka hirup kuah asam pedas. Oleh kerana asam pedas tu nak hirup, tak de lah buat pedas sangat. Pedas nipis je orang kata.. sebelum ini saya pernah share macam-macam resepi asam pedas, tetapi setiap kali masak mesti ada bahan tak cukup. Jadi, saya share apa yang saya guna dalam masakan asam pedas ikan merah kali ini.
Bahagian ekor ikan merah, bahagian pilihan saya 🤩 |
Resepi Asam Pedas Cair Ikan Merah
Bahan-bahan:
4 potong ikan merah, termasuk kepala
1 mangkuk sederhana besar cili kering yang telah direbus
7 ulas bawang merah @ 1 biji bawang besar
3ulas bawang putih
1 inci kunyit @ 2 sudu teh serbuk kunyit
2 inci halia
2 batang serai (di titik)
3 tangkai daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Garam secukup rasa
◎ Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia
◎ Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga naik bau/ pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar. Tak perlu lama sangat, ikan merah tak perlu masak lama-lama.
1 mangkuk sederhana besar cili kering yang telah direbus
7 ulas bawang merah @ 1 biji bawang besar
3ulas bawang putih
1 inci kunyit @ 2 sudu teh serbuk kunyit
2 inci halia
2 batang serai (di titik)
3 tangkai daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan Asam Pedas Cair
◎ Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga naik bau/ pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar. Tak perlu lama sangat, ikan merah tak perlu masak lama-lama.
◎ Masukkan ikan merah, bunga kantan dan daun kesum. Kacau perlahan dan tutup kuali sehingga ikan masak
◎ Masukkan pula garam dan gula, periskan.
◎ Tambahkan air, jika nak kuah cair
◎ Siap untuk dihidangkan.
◎ Masukkan pula garam dan gula, periskan.
◎ Tambahkan air, jika nak kuah cair
◎ Siap untuk dihidangkan.
Kepala ikan merah yang amat digemari oleh En suami |
Bahagian kepala ikan merah adalah bahagian yang paling disukai oleh penggemar asam pedas ikan. Rasanya yang lemak manis dan segar amat membuka selera. |
Selamat mencuba. Ikan merah untuk bahagian kepala sebelah saja, harganya dah cecah RM19.00. Sebab tu beli sebelah saja untuk En suami. Saya makan bahagian ekor atau pun isi.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.